Monday, October 12, 2009

Tarbiyah Ramadhan

Puasa Mendidik Menjadi Insan
Pengalaman zahir yang diperoleh menerusi berpuasa adalah dengan rasa berlapar, mengawal pancainderaa dalam melihat, mendengar serta merasakan benda yang menyalahi dan merangsang nafsu. Ia boleh menimbulkan keinsafan, bahawa dalam hidup ini masih ada golongan fakir dan miskin yang memerlukan perhatian. Betapa kelaparan yang dirasai oleh orang berpuasa, begitulah rasa lapar kepada manusia yang tidak bernasib .
Kesedaran ini mendorong kita bertanya adakah kekayaan, rezeki, rahmah dan nikmat yang didapati dan miliki hanya untuk kita? Adakah ihsan (kebaikan) Allah swt kepada hamba dan makhluknya yang melimpah-ruah itu tidak harus disyukuri dengan menginfaqkan (memberi) kepada yang memerlukan dan berhak? Bayangkan seekor ikan yang dibeli dan dibawa balik ke rumah apabila disiang tidak semuanya menjadi rezeki kita. Sisik dan ekornya diasingkan, perut dan insangnya dibuang. Ia menjadi rezeki makhluk lain seperti semut, lalat, lipas, kucing dan anjing. Malah, apabila dimasak, tidak semuanya menjadi rezeki kita. Tulang dan kepalanya diketepikan dan menjadi rezeki mahkluk lain. Selepas dimakan keesoknya dibuang ke tempat lain. Tidak semuanya menjadi darah daging kita kerana sebahagiannya akan menjadi rezeki ulat. Begitulah hakikat kejadian yang mana ihsan Allah kepada hamba dan makhluknya amat adil sekali. Puasalah yang boleh mendidik hati dan jiwa supaya kita menjadi insan muttaqin. Insan muttaqin sentiasa insaf hahawa semua yang ada pada dirinya adalah milik Allah swt. Manusia hanya menggunakannya untuk sementara waktu bagi keperluan hidup di dunia. Allah tidak melihat berapa banyak harta yang manusia milki. Berapa banyak ilmu yang manusia ada. Berapa banyak kuasa yang diperoleh, tetapi Allah swt melihat bagaimana harta itu didapati dan diagihkan. Allah melihat adakah ilmu yang diperoleh dan bagaimana ia disebarkan untuk kebaikan umat manusia. Allah melihat bagaimana kuasa diperoleh dan apakah kuasa itu digunakan sebagai amanah besar atau kuasa itu digunakan untuk melanjutkan salah guna. Bayangkan faktor zahir akibat berpuasa boleh mencetuskan perubahan besar pada diri insan dan umat. Perkara ini supaya sumber, ilmu dan kuasa dapat membangunkan jiwa yang muttaqin atau jiwa yang menginsafi dirinya dijadikan Allah dan akhirnya kembali berhadapan denganNya. Sebab itu Allah mengukur faktor kemuliaan insan (karamah insaniah) merujuk kepada jiwa yang muttaqin (sura al-Hujurat, ayat 13).
Dorongan jiwa muttaqin mampu membangunkan martabat umat supaya bersifat amanah kepada pengagihan sumber, bersifat ihsan terhadap kekayaan ilmu dan bersifat adil dalam melaksanakan kuasa. Orang yang muttaqin sentiasa insaf bahawa pada ilmu yang dimillkinya ada hak bagi orang lain mengetahumnya. Pada harta yang ada pada dirinya ada hak si miskin untuk mendapat bahagiannya. Pada kuasa yang ada padanya ada timbangan kemanusiaan dan budi bicara yang perlu dikongsi dengan pihak yang memerlukan.
Apabila kita menghayati puasa dan menerima makna daripada hakikat berpuasa, kelaparan menjadikan kita peka kepada sifat sabar. Sabar adalah faktor yang amat bijaksana dan membantu manusia terus berada dalam keadaan fitrah.
Bayangkan sifat gelojoh, panas baran, mudah terusik, terburu-buru dan buruk sangka sering menjadi amalan manusia kerana kita selalu hilang sabar. Dalam surah al-Asr, Allah mengaitkan secara khusus kepentingan menyatakan hak, di samping menuntut adanya kesabaran. Puasa memberikan kita asas betapa pentingnya kawalan diri (nafs) supaya hubungan kita dengan Allah tetap teguh. Begitu juga supaya hubungan kita dengan manusia menjadi utuh. Antara aspek diri manusia yang sangat payah diubah adalah masalah sikap dan cara berfikir. Kedua-dua faktor ini menjadi budaya diri dan memerlukan proses batiniyah yang tinggi untuk mengubahnya.
Sikap ego, mementingkan diri sendiri, berasa diri serba boleh, sukakan pujian, tidak mahu bertolak ansur serta kedekut dan sombong adalah sikap mazmumah atau terkeji. Ia menyebabkan manusia tidak lagi berada dalam fitrah. Sikap itu berlaku kerana longgarnya hubungan manusia dengan Pencipta. Sekiranya hubungan manusia dengan Allah teguh dan kukuh, manusia akan sentiasa insaf bahawa dirinya adalah dicipta, diberikan sedikit kudrat serta rahmah dan nikmah oleh Allah. Mereka juga insaf bahawa dirinya diberikan umur dan hayat untuk sementara serta tidak ada sebab untuk manusia berlagak sombong dan takbur kepada-Nya. Manusia yang menginsafi bahawa semua yang ada padanya adalah sesuatu yang sementara dan bakal kembali kepada Allah dengan amal bersifat kekal, akan sentiasa mengaitkan sikap hidup dan tingkah Iakunya sebagai amal soleh.
Sebarang kelebihan yang ada padanya baik yang berupa ilmu pengetahuan, pengalaman, kepakaran, harta, pangkat, kedudukan atau gelaran adalah amanah. Kelebihan itu akan akhirnya luput dan hilang daripada manusia, yang bakal kekal adalah setakat mana ilmu pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dapat memberi manfaat kepada manusia lain. Bagaimana harta dapat dikongsi bagi mensejahterakan orang lain. Bagaimana pangkat dan kedudukan menjadikan kita adil dan bertimbang rasa kepada orang lain. Bagaimana gelaran menjadikan kita benar-benar dihormati dan menyumbang untuk kebaikan manusia lain. Asas ini yang boleh mengubah sikap dan pemikiran manusia. Menerusi rukuk dan sujud, ikatan manusia dengan Allah akan menjadi teguh sekiranya faktor tunduk dan patuh menjadi sumber penghayatan insan.
Roh solat yang mementingkan jiwa patuh dan tunduk sekiranya dihayati dalam hidup akan membawa perubahan besar kepada budaya diri. Roh solat yang mementingkan keteguhan dan kekukuhan saf sebagai anggota jemaah boleh menjadikan umat kuat dan bersedia menghadapi cabaran penjuangan.
Menerusi siyam atau berpuasa manusia kembali kepada sifat manusiawi dirinya bahawa hidup ini menuntut pengertian mendalam. Kita perlu menginsafi bahawa tanpa ukhuwah dan persaudaraan di sisi Allah, hidup manusia tidak memberi apa-apa mana. Tanpa rasa pengorbanan tenhadap yang memenlukan, seolah-olah kita kufur kepada nikmat Allah. Tanpa keyakinan bahawa akhirnya kita akan kembali kepadaNya akan mengekalkan kesombongan dan keangkuhan manusia semata-mata kerana sedikit rahmah dan nikmah yang dimilikinya.
Bayangkan jika iktibar kematian hanya diiringi dengan sehelai kain putih yang tidak seberapa harganya, apakah makna harta yang banyak, pangkat dan gelaran sekiranya semua itu tidak menjadi sumber amal. Menjadikan sesuatu itu sebagai sumber amal tentu ada syaratnya. Contohnya, kalau kita memiliki harta ketika hidup tentu faktor bagaimana harta itu diperoleh dan digunakan penting bagi menentukannya sebagai sumber amal. Ahli ibadat yang menghayati proses berpuasa akan sentiasa ingin melakukan amal kebajikan, sedekah, zakat, ziarah dan khidmat supaya makna berpuasa itu memberi kesan baik kepada dirinya dan orang lain. Dalam fikirannya akan sentiasa mengingat mereka yang fakif dan miskin, dalam hatinya sentiasa ingin melakukan khidmat dan kebajikan. Pada jiwanya tidak ada rasa sombong dan takbur. Pada wajahnya terpancar ukiran senyum dan sifat merendah diri yang boleh diteladani.

No comments:

Post a Comment