Monday, October 12, 2009

Qada Puasa

Qada Puasa Ramadan
Kewajipan tidak kira puasa sengaja ditinggalkan atau uzur puasa Ramadan yang ditinggalkan wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia Seperti yang ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: “. . .Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari yang lain...” (Surah al-Baqarah, ayat 184).
Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya. Ia seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Perkara ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: ...Dan wajib atas orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (Surah al-Baqarah, ayat 184).

No comments:

Post a Comment