Monday, October 12, 2009

Perihal Hutang

Hutang Penjarakan Roh Dalam Kubur
Satu riwayat Musnad daripada Muhammad bin Abdullah bin Jahsyi menyebut kisah datangnya seorang lelaki kepada Nabi Muhammad saw dan berkata: “Ya Rasulullah, bagaimanakah nasibku jika aku terbunuh fisabililah (perang untuk membela agama Allah)?” Mendengar pertanyaan itu, Nabi segera bersabda mengatakan tenpatnya di syurga. Selepas pemuda itu berlalu, Rasulullah menyambung sabdanya dan memberitahu: “kecuali dia mempunyai hutang. Perkara itu sudah diberitahu oleh Jibril secara rahsia kepadaku sebentar tadi.”
Selain hutang, roh yang terpenjara dalam kubur iaitu tidak dapat naik untuk dipertemukan dengan Allah swt ialah kerana memiliki barang curi. Satu riwayat ada menceritakan bagaimana seorang pemilik karung harta benda yang dicurinya daripada rampasan perang mati syahid sebelum dibahagikan harta itu. Penduduk rata-rata menyifatkan beliau sungguh beruntung dan pasti memperoleh syurga kerana mati syahid.
Bagaimanapun, dalam keadaan kegembiraan itu, Rasulullah menerangkan kedudukan sebenar seperti dalam sabdanya bermaksud: “Demi zat yang jiwaku ada dalam genggaman kekuasaan-Nya, sesungguhnya karung yang dicurinya itu nanti pasti akan membakarnya sebagai api dalam kuburnya.” Mengenai roh yang tidak dapat naik ke alam atasan bolehlah disifatkan atau memang sudah tergolong dalam kumpulan roh yang rendah dan tempatnya hanya sesuai di bumi. Dengan kata lain, ia harus berada dalam tanah yang sama sekali tidak boleh berkumpul dengan roh yang harus berdiam di langit. Keadaan itu sama seperti seseorang manusia itu ketika berada di dunia, jiwanya tidak berusaha sama sekali untuk mengenal Tuhannya dan tidak mencintai-Nya atau tidak pernah langsung mengingati mahupun ingin mendekatiNya. Ringkasnya jiwa yang rendah itu adalah golongan yang rendah dan tempatnya harus berada di bumi. Oleh itu, apabila roh itu terpisah dengan tubuhnya, tempatnya tidak akan beralih ke tempat lain yang lebih tinggi.
Roh yang termasuk dalam golongan atasan adalah sepanjang hidupnya di dunia selalu tekun dan secara terus-menerus mencintai Allah. Roh itu sentiasa berzikir dan tidak pernah melupai-Nya walaupun sesaat. Tentu saja apabila rohnya itu terpisah dengan tubuhnya, ia akan terkumpul dengan roh yang tinggi iaitu yang sesuai dengan amalannya baik di alam barzakh mahupun pada Hari Kiamat nanti. Selain itu, Allah menjadikan roh orang yang baik dan mukmin beserta kumpulan roh yang baik dan suci. Roh itu akan menemui golongan roh yang sama dengannya. Dengan kata lain, dapat bertemu saudara-maranya atau orang yang memiliki amalan yang sama dengannya serta mendapat segala kenikmatan. Bagaimanapun, perlu diingat, walaupun roh itu daripada golongan yang berbahagia atau celaka, tidaklah mempunyai satu kedamaian. Roh itu akan berasa kesakitan, kelazatan, kenikmatan yang sifatnya lebih besar dan buas daripada perumahan yang dilalui sebelumnya. Peringkat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Pertama: Sewaktu masih dalam kandungan ibu, keadaannya sangatlah sempit, terbatas serta menghadapi kesukaran dan penuh kegelapan.
Kedua: Perumahan yang sedang kita alami sekarang iaitu di alam dunia yang fana ini. Kita akan mengalami pertumbuhan yang pasti berlaku dan kecil menjadi muda, dewasa dan tua. Tujuan utama bagi orang yang berakal tentu saja akan mengejar kebaikan. Sebaliknya akan melakukan kejahatan atau melanggar Segala suruhan Allah bagi mereka yang tidak kesampaian memikirkan ke arah itu. Kesimpulannya dunia ini sebagai pentas dan tempat manusia itu menjadi kebaikan atau sebaliknya.

Ketiga: Perumahan barzakh. Sifatnya yang lebih luas dan dunia sekarang dan lebih agung.
Keempat: Perumahan kekal untuk selama-lamanya yang tendiri danpada syurga atau neraka. Selepas itu tidak ada bagi perumahan.
Roh yang termasuk dalam golongan atasan adalah sepanjang hidupnya di dunia selalu tekun dan secara terus-menerus mencintai Allah. Roh itu sentiasa berzikir dan tidak pernah melupai-Nya walaupun sesaat. Tentu saja apabila rohnya itu terpisah dengan tubuhnya, ia akan terkumpul dengan roh yang tinggi iaitu yang sesuai dengan amalannya baik di alam barzakh mahupun pada Hari Kiamat nanti.

No comments:

Post a Comment