Wednesday, October 14, 2009

Aidilfitri

Aidilfitri Dan Kaitan Dengan Agama
Hampir dipenghujung syawal. Namun pelbagai kisah dan cerita masih di tuturkan bagi mengambarkan kepada pihak lain akan bagaimana pengalaman hari raya yang telah dilalui. Namun apakah sebenarnya sejarah berkaitan hari raya itu sendiri, mungkin ramai yang telah terlupa. Aku tertarik apabila dalam suatu majlis perhimpunan seorang pentadbir telah menyentuh berkaitan sejarah hari raya Aidilfitri dengan peristiwa peperangan, aku fikir mungkin ramai antara rakan-rakan, murid-murid dan muslimin dan muslimat yang ingin menambah pengetahuan berkaitan hari raya Aidilfitri dengan peristiwa peperangan Ahzab. Untuk mengetahuniya bacalah....
Setelah menjalani tarbiyah Ramadan dengan melaksanakan ibadah puasa selama sebulan, satu Syawal jadi tumpuan umat Islam bagi menyambut datangnya Aidilfitri. Hari raya yang sering diperkatakan dan menimbulkan perbincangan di kalangan umat Islam. Pelbagai definasi dan sambutan Aidilftri, ada yang menganggap Aidilfitri sebagai pesta perayaan. Justeru itu kita dapati ia disambut sama dengan hari perayaan yang lain, bagaikan ia tiada kaitan dengan agama Islam. Namun masih ada juga golongan yang mempertahankan Aidilfitri sebagai hari kebesaran Islam, memandangkan pada hari tersebut tercatatnya sejarah kemenangan tentera Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. menumpaskan pakatan tentera Al-Ahzab gabungan barisan musyrikin, dalam satu
pepenangan besar yang terkenal dengan ‘Perang Ahzab’. Justeru itu, peristiwa musnahnya tentera musyrikin itu sentiasa disebut berulang-ulang, setiap kali munculnya satu Syawal dalam gema takbir Aidilfitri: ‘Wahazamal Ahzaba wahdah,” agar kaum muslimin sentiasa waspada terhadap pakatan kuffar seperti Al-Ahzab itu. Umat Islam diharamkan berpuasa pada satu Syawal hari pertama Aidilfitri, ia menjadi bukti bahawa Islam memandang serius terhadap hari raya itu. Allah SWT menghendaki kaum muslimin
Merayakan hari tersebut sebagai suatu tanda kesyukuran, setelah mencapai kemenangan menjalani ibadat puasa Ramadan selama sebulan. Diharamkan berpuasa pada satu Syawal seolah-olah Allah SWT menghendaki agar kaum muslimin dapat memulihkan kesegaran tubuh untuk menyahut suatu tawaran istimewa dari-Nya, iaitu puasa sunat enam dalam bulan Syawal. Orang yang berpuasa fardhu sebulan Ramadan diikuti dengan puasa enam ibarat seseorang itu telah melengkapkan puasanya satu tahun. Aidilfitri satu perayaan yang dianjurkan oleh Islam, ia sewajarnya dilakukan dengan cara tertib dan beradab selaras dengan syariat. Kesederhanaan dalam merayakan Aidilfitri amat dituntut oleh Islam, sama ada dari sudut makan minum atau perhiasan sesuai dengan maksud hadis Nabi s.a.w. “Sebaik-baik urusan itu yang pertengahan” Walaupun Aidilfitri itu hari raya yang sewajarnya umat Islam bersukaria, namun hari tersebut tetap hari ibadat. Kerana agama yang menetapkan tarikh satu Syawal sebagaimana yang ditegaskan oleh sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Berpuasalah dengan melihat anak bulan dan berhari raya dengan melihat anak bulan, jika pandangan kamu terlindung maka genapkanlah tiga puluh hari (puasa Ramadan).”

Aidilfitri sebagai ibadat untuk menjadikan Aidilfitri sebagai ibadat sewajarnya merujuk nasihat dan pedoman Rasulullah s.a.w. mengenai bagaimana menghiasi hari raya sesuai dengan hari ibadat. Melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tobrani yang bermaksud: “Hiasilah hari raya kamu dengan Takbir (Allah Akbar), dan tahlil (Lailaha illallah), dan Tahmid (Alhamdulillah) serta Taqdis (Subhanallah).” Di samping bergembira dengan jamuan hari raya dan berpakaian baru berwarna warni, Nabi s.a.w. menganjurkan supaya membanyakkan membaca: “Subhanallah, walhamdulillah, Lailaha illallah, Allahu Akbar,” sebagai satu cara menghiasi hari raya. Ini bermakna apa jua pesta atau perayaan hari Aidilfitri itu, hendaklah dibatasi dengan empat prinsip yang disebut oleh baginda s.a.w. seperti yang dinyatakan dalam sabdanya di atas itu.
Setiap kali umat Islam merayakan Aidilfitri, sewajarnya mereka menentukan adakah agenda perayaan Aidilfitri itu bersesuaian dengan konsep mengagungkan Allah (Takbir), konsep Tiada Tuhan selain Allah (Tahlil), konsep Memuji Allah (Tahmid) dan konsep Mengesakan Allah (Taqdis) Sebagaimana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w.
Bersukaria diAidilfitri bukanlah dengan acara di luar batas syariat, seperti pesta hiburan melampau dengan pergaulan tanpa batas antara lelaki perempuan bukan mahram.
Acara tidak bermoral itu sering dipaparkan di kaca TV di negara kita, dalam memenuhi acara pesta Aidilfitri mereka. Golongan artis pihak yang diberi peranan untuk agenda hiburan melampau yang boleh mencemarkan Aidfilfitri. Banyak pihak mengambil kesempatan memperalat hari Aidilfitri, hingga acara agama yang tergolong ibadat sudah bertukar menjadi pesti kebudayaan yang dimewahkan dengan pelbagai acara berbaur maksiat. Para peniaga adalah golongan utama yang mengeksploitasi Aidilftri, bulan Ramadan belum bermula tetapi gedung-gedung perniagaan sudah berlumba-lumba mempamerkan iklan besar-besaran berkaitan sambutan hari raya itu.
Iklan yang beraneka itu telah mendorong keinginan umat Islam untuk berbelanja mewah, untuk menjadikan semuanya serba baru. Berbelanja secara belebihan untuk menghadapi hari Aidilfitri bererti suatu pembaziran, sudah semestinya membazir itu dibenci oleh Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “... Dan janganlah kamu membazirkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya para pembazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar (kufur) kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isra ayat 26 dan 27). Umat Islam dianggap gagal menempuh tarbiyah sebulan puasa Ramadan, seandainya mereka masih terjebak dengan pembaziran, perangai buruk yang dikeji oleh Allah SWT. Sewajamya tarbiyah Ramadan menjadikan manusia muslim sebagai insan mukmin bertakwa, tidak mudah terpengaruh dengan lambaian iklan yang mendorong mereka ke lembah pembaziran. Mampu hidup sederhana terutama dalam menghadapi hari Aidilfitri yang mulia.

No comments:

Post a Comment