Wednesday, October 14, 2009

Kod E

Kod Halal
Merujuk kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) bahawa kod E adalah kod yang sering digunakan pada produk berteraskan makanan proses sebagai aditif makanan. E maksudnya EC atau European Communities. Kebanyakan Negara didunia mengunakan Kod E dalam additive makanan termasuklah Malaysia. Oleh itu, maklumat berkaitan Kod E pada bahan makanan yang diproses amat berguna kepada pengguna tempatan bahkan juga kepada mereka yang selalu mengunjungi negara luar sebagai panduan untuk mendapatkan makanan Halal.
Kod E dilabelkan kepada pelbagai additive makanan yang telah melalui saringan keselamatan sebelum pengeluar produk dibenarkan untuk diaplikasikan dalam pengeluaran makanan. Asalnya, Kod E digunakan untuk memudahkan pelabelan makanan kerana nama saintifik additive makanan agak panjang dan memerlukan ruang yang besar untuk pelabelan.. Contohnya E321 adalah Kod E bagi ‘Butylated Hydroxy-toluene’ (BHT) sejenis bahan kimia yang berfungsi sebagai ‘antioxidant’ dalam pemprosesan makanan.
Kod E bukan Kod Babi pada makanan secara khusus. Contohnya E210 adalah Kod E bagi ‘Benzoic acid’ yang sumbernya adalah dari tumbuh-tumbuhan. Namun yang menjadi isu adalah Kod E bagi additive makanan yang sumbernya boleh didapati dari kedua-dua haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Contohnya E471 bagi ‘Mono and Diglycerides’ yang berfungsi sebagai ‘emulsifier’ iaitu bahan untuk menyatukan minyak dan air, sumbernya boleh didapati dari ‘Fatty acid’ iaitu lemak haiwan seperti lembu, babi dan kambing atau dari lemak tumbuh-tumbuhan seperti kelapa sawit, soya, kekacang. Ringkasnya E number tidak mengambarkan isu halal atau haram tetapi adalah kod additive makananan.

Namun sebagai panduan dan peringatan supaya lebih berhati-hati semasa membeli sesuatu produk wajar diketahui perbezaan dua jenis Kod E sebagaimana dibawah:

E100 - E 337 : Tiada bermasalah kerana berpunca dari sumber tumbuhan.
E422 - E 904 : Boleh berpunca dari samada tumbuhan atau haiwan.

Maka jika dari sumber haiwan boleh jadi masalah kerana mungkin dari haiwan yang haram ataupun jika dari haiwan selain babi/binatang haram atau mungkin dari lembu yang tidak disembelih secara Islam.
Sila baca label sebelum membeli atau memakan sesuatu produk untuk memastikan tuan/puan dapat memakan makanan halal. Eloklah berhati-hati kerana kod E digunakan untuk semua pembungkusan makanan. Oleh itu, tidak pasti Kod E tersebut betul-betul halal ataupun haram. Rumusannya, carilah bungkusan atau label makanan yang ada logo Halal Malaysia. Wallahualam.


http://www.knowledge.hdcglobal.com

No comments:

Post a Comment