Monday, October 12, 2009

Fadhilat Surah Taaha

Hati Syaidina Umar Lembut Dengar Surah Thaaha
Islam bermula dengan bilangan pengikut yang sangat sedikit, sementara orang beriman pula sering dilemparkan cacian dan dianiaya. Antara golongan yang memusuhi Islam ketika itu ialah Umar bin Khattab, seorang pemimpin Bani Adi yang mendapat gelaran Singa Makkah yang begitu terkenal oleh keberaniannya. Dari semasa ke semasa, pengikut Rasulullah saw kian bertambah yang kebanyakan adalah orang miskin dan rakyat biasa yang memberanikan diri meninggalkan agama nenek moyang mereka. Hal ini menyebabkan Umar marah dan bercadang untuk membunuh Rasulullah. Dengan pedang terhunus, Umar mencari Baginda dengan mukanya yang merah padam akibat terlalu marah. Dalam perjalanannya itu, dia bertemu Saad bin Abi Waqas lantas Saad pun bertanya, “Hendak ke mana Umar?” Aku hendak pergi membunuh Muhammad!” “Kalau begitu, Bani Hasyim, Bani Zuhrah dan Bani Abdul Manaf akan membunuhmu sebagai balasan.” Mendengar jawapan daripada sahabatnya itu, Umar takut dan khuatir lalu bersuara dengan lantang: “Saad, rupa-rupanya engkau juga sudah terkena jerat Muhammad dan berani meninggalkan agama nenek moyang kita! Baik aku
membunuhmu terlebih dulu.” Dengan nada tenang, Saad menjawab, “Hai Umar, sebaiknya kau menguruskan rumah tanggamu terlebih dulu. Kau tahu, saudara perempuan dan iparmu telah menjadi pengikut Muhammad.” Mendengar kata-kata Saad itu, Umar bertambah marah. Adiknya sendiri berani meninggalkan kepercayaan nenek moyang mereka lantas Umar pun segera menuju ke rumah adiknya.
Sebaik sahaja tiba di sana, dia mendengar adiknya sedang membaca al-Quran. Apabila mendengar abangnya mengetuk pintu, dia Segera mengumpulkan lembaran al-Quran dan menyembunyikannya di belakang almari. Umar segera memasuki rumah adiknya dan berkata dengan keras: “Lekas, tunjukkan kepadaku apa yang engkau baca tadi!” Adiknya menjadi takut melihat abangnya yang begitu marah. Kemudian, keluar pula iparnya dan bilik, membuatkan Umar bertambah marah. Lalu dihunuskan pedang dan dihayunkan ke muka iparnya sambil berkata: “Sekarang, rasakan pedangku ini yang alak memenggalmu kerana berani meninggalkan agama nenek moyang kita.” Pedang itu pun terkena badan iparnya hingga bercucuran darah. Melihat keadaan itu, adiknya mara ke depan merangkul suaminya, tetapi dia tidak dapat melindungi daripada terkena libasan pedang abangnya hingga darah terpecik ke lantai rumah. Namun demikian, adiknya tidak sedikit pun gentar berdepan dengannya, malah semakin yakin dan mukanya bersinar menentang abangnya itu. Apabila Umar melihat adiknya yang tabah dan berani serta tetap dengan wajah berseri-seri menanggun sakit itu, maka lemahlah hati Umar. Umar mendekati adiknya dan berkata: “Hai adikku, hairan aku melihat dirimu. Cubalah ambil apa-apa yang engkau baca tadi aku ingin membaca dan mengetahul isinya.” Adiknya mengambil lembaran al-Quran dan diletakkan di hadapan abangnya. Kebetulan lembaran itu berisikan ayat dari surah Thaaha. Lalu Umar pun membacanya yang bermaksud: “Thaaha, Kami tidak menurunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). laitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.”
Dengan gaya bahasa yang indah dan sedap didengar, tergugatlah hati Umar, lalu dibacanya terus hingga sampai ke ayat yang bermaksud:. Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada Tuhan selain Aku maka sembahlah Aku.” Habis saja membacanya, Umar meluru keluar pergi mendapatkan Rasulullah dengan tangannya masih memegang pedang dan badannya terkena percikan darah saudaranya itu. Setibanya di sana, Rasulullah sedang dikerumuni beberapa sahabatnya ketika Umar masuk menghadap Baginda. Melihat keadaan Umar itu, sahabat terkejut dan gementar ketakutan, tetapi dengan suara yang tenang dan ramah, Rasulullah menyambut kedatangan Umar sambil berkata: “Apa hajatmu datang ke mari hai Umar?” “Ya Rasulullah, terimalah aku ini. Aku datang untuk menjadi pengikutmu,” Umar menjawab sambil menyungkurkan kepalanya di hadapan Baginda dan mengucapkan kalimah syahadat. Rasulullah kemudiannya mengucapkan takbir dan ketika itu juga, bergema dan berkumandanglah laungan Allahhu Akbar memenuhi ruang yang diucapkan oleh sahabat hingga gemanya dapat didengar ke seluruh Bukit Safa. “Thaaha, Kami tidak menurunkan alQuran ini kepadamu agar kamu menjadi susah tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah). laitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi”

No comments:

Post a Comment