Monday, October 12, 2009

Sepakat Menyelesaikan Masalah

Cendekiawan, Mufti Perlu Sepakat Atasi Masalah
Fatwa adalah unsur penting dalam kehidupan masyarakat Islam. Kemajuan sains dan teknologi yang dinamik di Malaysia menimbulkan beberapa persoalan baru yang memerlukan huraian menerusi fatwa. Jabatan Mufti negeri di seluruh Malaysia memainkan peranan penting bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mengeluarkan sesuatu fatwa. Sebagai urusetia, Jabatan Mufti dan Jakim mengadakan persidangan dan muzakarah dan semasa ke semasa bagi membincangkan Sesuatu isu dan perkara yang belum diputuskan. Dalam hal ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam akan mengundang pihak tertentu mengikut bidangnya yang boleh membantu dan berbincang dalam usaha menyelesaikan sesuatu permasalahan. Beberapa cendekiawan berpengalaman juga dilantik sebagai ahli dalam jawatankuasa ini bagi memperluas perbincangan. Ia juga sebagai usaha menjadikan mereka pelapis dalam melaksanakan tugas membuat keputusan fatwa pada masa depan. Apa itu keputusan fatwa dan fatwa?
Keputusan fatwa dari segi bahasa ialah memberi jawapan atau penjelasan bagi sesuatu masalah agama, dan segi istilah didefinisikan sebagai penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan definisi syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan. Fatwa ialah keputusan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti dan diwartakan oleh kerajaan negeri bagi proses penguatkuasaan undang-undang. Proses mengeluarkan jawapan dilakukan secara berjemaah sama ada pada peringkat negeri atau kebangsaan. Syariat fatwa dalam Islam mensyariatkan umatnya agar bertanya kepada orang berilmu sekiranya mereka mendapati sesuatu masalah itu tidak jelas hukum Skop fatwa antaranya berkaitan:
1. Isu atau masalah yang timbul dalam masyarakat dan belum jelas hukum mengenainya.
2. Pendapat yang berbeza antana ulama yang memerlukan pemlithan (tarjth). - Isu yang telah difatwakan di negara lain yang perlu disesuaikan mengikut keadaan setempat.
3. Isu yang bersifat global dan berkaitan dengan kepentingan umat Islam.
Selain daripada perkara tersebut, muncul pula pertanyaan berkaitan bagaimanakah fatwa dikeluarkan, sebenarnya perkara berkaitan keputusan fatwa berdasarkan beberapa kaedah antaranya:
a. Perlu dikaji dan dibentangkan dalam jawatankuasa. Lazimnya mengikut pendapat muktamad dalam mazhab Syafie. Jawatankuasa Fatwa berpegang kepada Ahil Sunnah Wal Jamaah.
b. Mengikut kaedah flqh Al-Aulawiyyat iaitu meletakkan sesuatu pada kedudukan yang sewajarnya sama ada dan segi hukum, nilai mahupun pelaksanaannya.
Perkara atau amalan yang lebih utama hendak la didahulukan berdasarkan penilaian syariat dan akal.
c. Jawatankuasa fatwa akan merujuk kepada pendapat sahabat, tabi’in, imam mazhab dan fuqaha dengan mengadakan penelitian daffi dan kesannya, • Sumber rujukan: al - Quran al - Sunnah al Nabawiyyah al -Ijmak al - Qiyas Ijtihad Ahli al Fuqaha semasanya.

No comments:

Post a Comment